LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
TERIMA KASIH KERANA SINGGAH2, JANGAN LUPE KLICK HEARTBEAT =)

Tuesday 28 June 2011

pesanan!

terima kasih kepada cik owner belog cap ayam sebab dengan baik hatinye da bagi freebies ni..

TEACHER = MAKWE



budak-budak zaman sekarang ni advance.  Betol advance! hahahah.. kelakar.. kadang2 kecik2 lagi da pandai taw.. ha.. Berkerje sebagai Cikgu di Tadik Si Kecil Pintar memang menguji kesabaran.. hahahh.. kadang2 kelakar gak tengok deorang ni.  Ade yang muke tak bersalah, ade yang muke blur je, ade yang active gile2.

Teacher Eka:  Taufiq, duduk diam2.

Taufiq         :  Teacher macam makwe.

(ha?? makwe??) =,=



Monday 13 June 2011

cari penyakit

dekat-dekat nak final ni la sume penyakit datang..

1. demam
2. batok
3. pening
4. loye
5. gigi belah kanan lak nak tumbuh

Saturday 11 June 2011

Lelaki dan kemarahan




Lelaki selalunye la dikaitkan dengan sifat panas baran, pantang ada silap sikit, marah.. marah.. dan marah.. kalau nak tahu tanda-tanda lelaki tengah marah lagi hangin, tengok la sintom2 dibawah ini ya.

1.     Matikan telefon bimbit.
Ini perkara biasa, sudah semestinya kaum ini tidak mahu berhubung dengan orang luar, malas nak layan panggilan yang masuk, serta tidak mahu merosakan lagi serta mengeruhkan lagi keadaan yang sudah keruh.

P/s: orang yang nk contact akan bertambah hangin jika call tidak berangkat, and massage tidak berbalas.

2.     Hisap rokok
Ni  yang pantang ni, asal marah je, mesti nk smoke. Tah ape yang sedap nye tah la.  Tak Nampak macho langsong dimataku.  Mungkin kaum ini pk yang “oh akulahh  lelaki yang macho, bergaya, mutu , keunggulan” tapi bagi aku “busuk, tidak sihat, gigi kuing ade la”
Mungkin mereka ni rase yang kalau mereka smoke, perasaan tertekan itu berkurangan la ye. 

p/s: “Hello, orang yang disebelah, didepan, serta dibelakang yang
tertekan bau asap rokok awak tu la”
3.     Bawak kerete laju2.
Kesian, nak wakil Negara tok F1, tak layak, dapat la kat apek Alex yong tu. Bile dah frust, kat jalan raye biase pun jadilah, asal ade gaya macam apek Alex pun jadi.  Hey, korang ingat hebat sangat ke bawak laju-laju. Membahayakan okey!

4.     Muke seketat penutup jem.
Muke mesti lah kene ketatkan, bia orang tahu yang aku sedang marah. Sebenarnya mereka ini sedang menghantar isyarat supaya jangan gaggu mereka.  Aku rase takpayah kot nak buat muke ketat. Chill la bro.

5.     Kakiku dibibirmu
Yang ini aku fobia.  Asal nak marah je mesti nk gunekan kekerasan yang ade, tahu la korang tu kuat, ade kudrat lebih sedikit daripada kteorang kaum yang lemah ni.  Tapi agak-agak la, kiteorang bukan bigshow ke cane ke the rock ke untuk berlawan dengan korang.

6.     Kata-kata manis
Dalam makanan nak bagi lagi sedap, lagi pedih, mesti la pekene ulam sikit kan, tapi dalam kes ini, ulam itu adalah kata-kata motivasi, sebagai contoh, “bodoh, babi, “ dan sama waktu dengannya.

Senang cite la kepada lelaki dekat luar itu, jika nk marah, agak2 sikt ye.. ingat lah, bahawa, sekuat-kuat orang, adalah orang kuat menahan marahnya, so, tak payah  nk tunjuk kuat sangat dekat wanita, sebab kiteorang tak heran pun, menyampah lagi ade lah. .

moody =,=






Mood: takde mood.

kenapakah: sebab takade mood.

Mengapakah: Mood tak berapa nak ade.

Disebabkan siapakah: Disebabkan Mood.

Siapakah?: diam boleh?


Skg mood nk dengar lagu dari kak Najwa Mahiaddin.






GO.. Go.. GO.. Go.. GO.. GO..

Tuesday 7 June 2011

Disebabkan kaw!

NAK KATE U MAKE MY DAY.  TAK JUGAK. HISH. SUME NI DISEBABKAN KAW! WARGHHHHHHHH *EMO* DISEBAKAN KAW, SEMUA INI TERJADI KEPADA KU.. KAW LAH PUNCE NYE, KAW LAH! KAW LAH! KAW LAH!
1.    Aku yang bising ni da kurang bercakap



Disebabkan aku kurang bercakap, aku rasakan tak bes sebab bile orang membahan, aku tidak boleh nk join sekaki serta semeja! Nak tambah point pun dah tak sedap. Nak luahkan isi hati serta hempedu untuk mengadu nasib tentang ‘kaw’ pun da tak sedap.


2.   Ilang sudah seri muke aku

(bukan ini punya seri muka ya)

Dah tu pasal kaw lah aku asik monyok je, Pucat je sebab tak de mood nk mekup, orang pun tengok aku cam takde mood.. Teros tak de orang nak ngorat, sebab tak selere tgk aku and pk aku ni kak limah yang taknk balik rumah.




3.  Aku yang ‘kurus’ ni, jadik bertambah kurus.

(eh! Makcik Helen pun ade)
Disebabkan kurang makan, bukan takde selere, selere tu mmg ade.. tap part nak mengunyah tu yang sengsare tu.. waduh! Gi mana sih ah!  Nak makan burger big mac, nak makan tebu, nak  makan nasik, nak makan epal, nak makan roti jon, nak makan ayam! Makanan aku wat mase sekarang ialah… air liur *geli much* eloooo.. nak telan air liur pon sekse!




4.  Tak cukup tidur

Sakit owhh kaw wat aku, nak tido pon tak lena, berguling sane, berguling sini, dah macam2 gaye dah aku try, still gak tak boleh tido. Penyudahnye, tido lambat, esoknye kelas pagi pulak kan, so kne la bangun awal.  Hasil nye tak cukup tido. Pegi kelas mate lebam. Didorong dengan masaalah yang nombo 2, melengkapkan lagi kesuraman diwajahku.


5.  Lonely

Mau nye tak, nak bergayot tak boleh, mengundang marah lagi ade la, dah tu orang tu dok tanye-tanye, aku nak jawab ape
“emm… oooo.. aaaa” k eke hangin bile orang tanye2 respon cam hampeh an, kalau aku pun aku hangin. Contoh:

Si polan gemok     : dah makan??


Si tembam          : (boleh lak nak tanye soalan tu an, taw aku  tengah  sakit dengan    ‘kaw’ die lagi mau tanye soalan yang mengundang. Kang ade gak yang kene semekdown kang) “eeeeemmmmm”.


Si polan gemok     : “Orang tanye ni , jawab la.” 
Si tembam             : ooooooooooooooooooo.


Si polan gemok     : eh die ni, laen yang ditanye, laen lak
yang dijawab.  Dah la, malas la nak cakap dengan awk.



Si tembam          : aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalaaa..
(Nampak tak keloneliness nye)


kenapa?? Kenapa?? Kenapa sekarang?? Why???
Tell me why.  Disebabkan kaw, aku terpaksa menanggung derita.   ‘kaw’siapa? kaw  adalah sebatang gigi bongsu aka gigi adik.
(nombo 1 and 2 adalah kaw)


The story begins like this,
Dipendekkan cerita, aku sakit gigi and beberapa minggu ni aku akan mengalami serta bertemankan hari2 suram.. ini adelah disebabkan gusi yang galak membengkak disebabkan tumbuhnye gigi bongsu iaitu yang paling hujung sekali tu. Gigi ni tumbuh setelah seseorang manusia telah menjangkau usia 17 tahun, tapi certain people ade yang sampai umur 35  and, and and, ade yang tak tumbuh langsung.  Alhamdulilah , ya! aku antara yang dipilih olehNya untuk ade bongsu pade umor aku 22 tahun. jadi Bersyukurlah. Tapi betol ke kalau dah tumbuh gigi bongsu, maka kite takkan tinggi dah?? Means dah tak akan membesar dah?? Ala.. Sengsare punye pasal Ini yang sempat aku google.

(bengkak itu buat aku jadik bengkek! ini gigi kuning bukan gigi aku)

(sabau jelah)


(orang kate no pain no gain)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...